Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Syaikh al-Azhar sekali lagi mengkritik tindakan-tindakan Wahabi di Mesir. Kali ini beliau menyifatkan kumpulan ekstrimis ini sebagai Khawarij zaman moden setelah tersebarnya hasrat mereka yang ingin menghancurkan permakaman suci para wali Allah baru-baru ini.Dr. Ahmad al-Tayyeb menyatakan kecamannya terhadap kefanatikan Salafi di Mesir untuk ke sekian kalinya dengan memberi amaran keras bahawa beliau tetap mempertahankan pemikiran sederhana al-Azhar yang diasaskan selama lebih dari seribu tahun ini.Beliau dalam ucapannya yang dihadiri beribu-ribu pelajar al-Azhar mengatakan, perbuatan golongan Salafi yang menyeru pemusnahan tempat-tempat suci adalah bertentangan dengan fondasi Islam. Dalam menanggapi tanggungjawab para pelajar untuk memerangi fitnah ini beliau berkata, "Para pelajar al-Azhar menyandang tanggung jawab menghadapi pemikiran-pemikiran keras. Saya minta semua pelajar al-Azhar memainkan peranan penting mereka dalam perkara ini".Baru-baru ini golongan Salafi/Wahabi telah menyeru pemusnahan tempat-tempat suci Mesir seperti makam kepala Saidina Husain yang mencetuskan kritikan para ulama Mesir dan tokoh terkemuka negara ini.
6 April 2011 - 19:30
News ID: 235326